Terdapat semakin ramai orang yang boleh terus hidup selama beberapa tahun selepas mereka melalui rawatan kanser primer. Semasa tempoh kelangsungan hidup ini mereka terpaksa mengharungi banyak cabaran terutama kesan jangka panjang dan kesan lewat rawatan. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan sesetengah orang tidak mengalami apa-apa kesan sampingan ataupun hanya sedikit kesan sampingan. Keadaan ini bergantung pada ketahanan tubuh mereka terhadap rawatan.
Kesan jangka panjang ialah kesan sampingan yang berlaku semasa rawatan kanser dilakukan dan kesan ini berlangsung selama beberapa bulan atau beberapa tahun.
Kesan lewat ialah kesan sampingan yang berlaku beberapa bulan atau beberapa tahun selepas rawatan kanser berakhir.
Kesan jangka panjang dan kesan lewat rawatan kanser mungkin muncul akibat:
Pembedahan
Rawatan Radiasi
Rawatan kanser secara sistemik
KESAN PEMBEDAHAN
Kesan Jangka Panjang
Kesan kosmetik
Kesakitan
Parut/pelekatan (adhesions)
Kesan Sistemik
Gangguan fungsi akibat penyingkiran anggota atau organ
Kesan Lewat
Hernia insisi wujud sebagai bonjolan pada abdomen di kawasan parut bekas pembedahan.
Limfedema boleh berlaku akibat kerosakan sistem limfa semasa pembedahan atau semasa terapi radiasi rawatan kanser. Keadaan ini mungkin mengakibatkan bengkak dan rasa tidak selesa pada lengan atau kaki.
KESAN RADIASI
Kebanyakan kesan terapi radiasi mengakibatkan kesan lewat:
Kanser kedua (sel kanser baru yang biasanya teruk dan menjadi bertambah teruk secara beransur-ansur. Sel ini menyerang dan memusnahkan tisu bersebelahan, dan boleh juga merebak ke bahagian lain dalam tubuh).
Katarak (cataract)
Mata kering (xeroftalmia)
Karies Gigi
Mulut Kering (xerostomia)
Penyakit Paru-Paru
Masalah Jantung
Penyempitan Usus
Parut pada pundi kencing
Limfedema
Peretakan tulang
Kecacatan otak yang mengganggu fungsi kognitif. Kognitif merujuk pada fungsi otak peringkat tinggi seperti keupayaan untuk belajar dan mengingat maklumat, memahami dan menggunakan bahasa, dan melaksanakan pengiraan. Gangguan ini mungkin menyukarkan kegiatan harian mereka.
Hipotiroidisme ialah penyakit yang muncul berikutan kerosakan pada kelenjar tiroid akibat terapi radiasi.
Proktitis radiasi mungkin berlaku akibat rawatan radiasi kanser serviks, kanser prostat dan kanser kolon. Radang dan kerosakan berlaku pada bahagian bawah kolon.
Masalah sistem reproduksi seperti kemandulan, mati pucuk (impotens) dan menopaus awal.
KESAN RAWATAN SISTEMIK
Rawatan sistemik seperti kemoterapi, terapi hormon dan terapi imun yang mempengaruhi keseluruhan sistem tubuh boleh juga mengakibatkan kesan jangka panjang dan kesan lewat pada pesakit.
Kesan Jangka Panjang
“Otak kemo”, berikutan kemoterapi, iaitu apabila sesetengah pesakit dikatakan mengalami pengecilan saiz bahagian otak yang mengaturkan ingatan, merancang dan menterjemahkan fikiran menjadi tindakan.
Penyakit otot jantung (kardiomiopati)
Kegagalan buah pinggang
Menopaus awal
Kemandulan
Gangguan saraf (neuropati)
Kesan Lewat
Kanser kedua (sel kanser baru yang biasanya teruk dan menjadi bertambah teruk secara beransur-ansur. Sel ini menyerang dan memusnahkan tisu yang bersebelahan, dan boleh juga merebak ke bahagian lain dalam tubuh).
Maklumat cabaran kesan jangka panjang dan kesan lewat ditaja oleh Boeing. Artikel ini disemak oleh Dr. Azlina Firzah Abd. Aziz, Perunding Pakar Bedah Payudara, Pusat Penjagaan Payudara, Hospital Pantai Kuala Lumpur dan diterjemah oleh Persatuan Penterjemah Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0, Mozilla Firefox versi 3.0, Google Chrome versi 9.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768 (Sila klik disini utuk pelayar Internet Explorer yang baru)
Powered by Webway E Services Sdn Bhd and Kamaruzzaman & Associates (E-Media) Sdn Bhd