Pembedahan digunakan untuk mendiagnosis kanser, menentukan tahapnya, dan untuk merawat kanser.
Pembedahan dengan mengekalkan payudara (breast-conserving surgery - BSC) ialah pembedahan yang menyingkirkan tisu tumor tetapi membolehkan wanita yang terlibat mengekalkan payudaranya sebanyak yang boleh.
Lumpektomi boleh dilakukan sekiranya ketumbuhan payudara itu kecil dan terasing daripada tisu yang normal.
Mastektomi ialah pembedahan yang menyingkirkan keseluruhan payudara. Pembedahan ini dilakukan untuk merawat atau mencegah kanser payudara.
Mastektomi boleh dilakukan dengan pembetukan semula payudara.
Pembedahan di kawasan bawah lengan diperlukan untuk menentukan tahap kanser. Bentuk yang paling umum adalah pembedahan bawah lengan di mana sekurang-kurangnya 10 nodus limfa dibuang.
Jika kemudahan boleh didapati, biopsi nod sentinel boleh dilakukan pada awal kanser payudara.
Sumber:
Prof Dr Yip Cheng Har, Medical Option for Breast Cancer in HealthToday Magazine, October 2007.
National Cancer Registry Kuala Lumpur (2004). Cancer Incidence in Malaysia 2003.
Maklumat rawatan kanser ditaja oleh Boeing.
Artikel ini disemak oleh Associate Prof. Dr. Nur Aishah Binti Mohd Taib, Perunding Pakar Bedah Payudara, Jabatan Pembedahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur dan diterjemah oleh Persatuan Penterjemah Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0, Mozilla Firefox versi 3.0, Google Chrome versi 9.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768 (Sila klik disini utuk pelayar Internet Explorer yang baru)
Powered by Webway E Services Sdn Bhd and Kamaruzzaman & Associates (E-Media) Sdn Bhd