Terapi ubat hormon ialah salah satu jenis terapi bersistem. Kaedah ini sering digunakan sebagai terapi tambahan untuk mengurangkan risiko kanser tersebut berulang.
Estrogen mengalakkan pertumbuhan sel kanser payudara yang mempunyai reseptor estrogen (kanser positif-ER) dan reseptor progesteron (kanser positif-PR). Oleh itu beberapa pendekatan untuk menghalang kesan estrogen atau mengurangkan paras estrogen digunakan untuk merawat kanser payudara positif-ER dan positif-PR.
Tamoxifen adalah ubat antiestrogen yang paling sering digunakan.
Perencat aromatase boleh digunakan pada wanita selepas menopaus. Ubat ini boleh digunakan dalam menggantikan Tamoxifen untuk 5tahun; selepas 2 atau 3 tahun kursus Tamoxifen, atau selepas 5 tahun Temoxifen.
Telah ditunjukkan bahawa penggunaan hormon berikutan rawatan dengan tamoxifen lebih banyak mengurangkan risiko berulangnya kanser, berbanding dengan penggunaan hanya tamoxifen. Tetapi perencat aromatase adalah sangat mahal.
Sumber:
Prof Dr Yip Cheng Har, Medical Option for Breast Cancer in HealthToday Magazine, October 2007.
National Cancer Registry Kuala Lumpur (2004). Cancer Incidence in Malaysia 2003.
Maklumat rawatan kanser ditaja oleh Boeing.
Artikel ini disemak oleh Associate Prof. Dr. Nur Aishah Binti Mohd Taib, Perunding Pakar Bedah Payudara, Jabatan Pembedahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur dan diterjemah oleh Persatuan Penterjemah Malaysia
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0, Mozilla Firefox versi 3.0, Google Chrome versi 9.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768 (Sila klik disini utuk pelayar Internet Explorer yang baru)
Powered by Webway E Services Sdn Bhd and Kamaruzzaman & Associates (E-Media) Sdn Bhd