Laman UtamaLaman Utama   Hubungi KamiHubungi Kami   Peta LamanPeta Laman   EnglishEnglish
Smaller text Normal text
Smaller text Normal text Larger text  
 
 
 
 
  Kanser Tiroid  
 
Pengenalan

Simptom/Gejala & Faktor Risiko

Saringan & Diagnosis

Rawatan

Kehidupan Selepas Kanser

Statistik

Sumber
 
 
 
   
 
Boeing Logo
Boeing
 
 
Utama > Jenis-Jenis Kanser > Kanser Tiroid > Rawatan - Pembedahan
Kanser Tiroid - Rawatan
 

PEMBEDAHAN

Pembedahan ialah rawatan yang paling lazim untuk kanser tiroid. Masa yang diambil untuk pulih selepas pembedahan adalah berbeza antara individu. Anda mungkin berasa tidak selesa dalam beberapa hari pertama selepas pembedahan, dan ubat dapat membantu anda untuk mengurangkan rasa sakit. Sebelum pembedahan, anda hendaklah membincangkan rancangan untuk melegakan sakit dengan doktor atau jururawat anda (untuk kanser tiroid, rawatan melalui pembedahan adalah perlu dan bukan suatu pilihan).

Jenis pembedahan bergantung pada jenis dan tahap kanser tiroid, saiz nodul dan umur pesakit. Salah satu prosedur berikut boleh digunakan:

  • Tiroidektomi Menyeluruh: Penyingkiran seluruh kelenjar tiroid.
  • Lobektomi: Penyingkiran lobus yang mengandungi sel kanser. Biopsi nodus limfa di sekitar kawasan tersebut mungkin dilakukan utuk meneliti jika wujud sel-sel kanser di situ.
  • Tiroidektomi hampir menyeluruh: Penyingkiran hampir seluruh kelenjar tiroid.
  • Limfadenektomi: Penyingkiran nodus limfa yang mengandungi sel kanser pada leher.

Pembangunan maklumat kanser tiroid ditaja oleh Boeing Corporation &
Penterjemahan maklumat kanser tiroid ditaja oleh OMNI Group Sdn Bhd.
Artikel dalam versi Bahasa Inggeris telah disemak oleh Ms.Rohana Ahmad, Pakar Bedah Payudara dan Endokrin, Hospital Putrajaya, Presint 7, 62250 Putrajaya dan diterjemah oleh Persatuan Penterjemah Malaysia


Laman Utama | Mengenai Kami | Hubungi Kami | Polisi | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0, Mozilla Firefox versi 3.0, Google Chrome versi 9.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768
(Sila klik disini utuk pelayar Internet Explorer yang baru)
Powered by Webway E Services Sdn Bhd and Kamaruzzaman & Associates (E-Media) Sdn Bhd