Laman UtamaLaman Utama   Hubungi KamiHubungi Kami   Peta LamanPeta Laman   EnglishEnglish
Smaller text Normal text
Smaller text Normal text Larger text  
 
 
 
 
  Kanser Tiroid  
 
Pengenalan

Simptom/Gejala & Faktor Risiko

Saringan & Diagnosis

Rawatan

Kehidupan Selepas Kanser

Statistik

Sumber
 
 
 
   
 
Boeing Logo
Boeing
 
 
Utama > Jenis-Jenis Kanser > Kanser Tiroid > Simptom/Gejala & Faktor Risiko
Kanser Tiroid - Simptom/Gejala & Faktor Risiko
 

SIMPTOM/GEJALA

Pada peringkat awal, kanser tiroid sering kali tidak menunjukkan gejala. Semasa kanser tiroid membesar, gejala mungkin mengakibatkan:

  1. Kewujudan suatu ketulan di bahagian hadapan leher dan dapat dirasa.
  2. Suara garau atau sukar bertutur dengan suara yang normal.
  3. Nodus limfa bengkak, terutama pada leher. Nodus limfa berbentuk bujur dan mengandungi banyak tisu yang bertindak sebagai penuras untuk cecair yang dinamai limfa dan berfungsi untuk menyingkirkan bahan buangan sel serta membantu tubuh melawan jangkitan.
  4. Sukar menelan atau bernafas.
  5. Kesakitan pada tekak atau leher yang berterusan.

Sesiapa yang mengalami gejala-gejala ini hendaklah berjumpa doktor secepat mungkin untuk didiagnosis. Walau bagaimanapun, gejala-gejala ini tidak semestinya disebabkan kanser tiroid. Kebanyakan jangkitan, nodul tiroid, atau masalah kesihatan yang lain mungkin juga menyebabkan gejala-gejala ini.

Pembangunan maklumat kanser tiroid ditaja oleh Boeing Corporation &
Penterjemahan maklumat kanser tiroid ditaja oleh OMNI Group Sdn Bhd.
Artikel dalam versi Bahasa Inggeris telah disemak oleh Ms.Rohana Ahmad, Pakar Bedah Payudara dan Endokrin, Hospital Putrajaya, Presint 7, 62250 Putrajaya dan diterjemah oleh Persatuan Penterjemah Malaysia


Laman Utama | Mengenai Kami | Hubungi Kami | Polisi | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0, Mozilla Firefox versi 3.0, Google Chrome versi 9.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768
(Sila klik disini utuk pelayar Internet Explorer yang baru)
Powered by Webway E Services Sdn Bhd and Kamaruzzaman & Associates (E-Media) Sdn Bhd