Laman UtamaLaman Utama   Hubungi KamiHubungi Kami   Peta LamanPeta Laman   EnglishEnglish
kanportal
Smaller text Normal text
Smaller text Normal text Larger text  
 
 
 
 
  Kanser Payudara  
 
Pengenalan

Simptom & Faktor Risiko

Penyaringan & Diagnosis

Laporan Patologi
Rawatan

Kehidupan Selepas Kanser

Statistik

Sumber
 
 
 
   
 
Boeing Logo
Boeing
 
 
Utama > Jenis-Jenis Kanser > Payudara > Rawatan
Kanser Payudara - Rawatan
 

Wide Local Excision (Breast Conserving Surgery Procedure)

Pembedahan ini menyelamatkan sebanyak mana payudara dengan hanya membuang ketulan dan kawasan sekitar tisu normal. Kebanyakan wanita boleh menjalani rawatan ini – biasanya diikuti dengan radioterapi dan bukan mastektomi, dan dalam kebanyakan kes, kadar hidup pesakit bagi kedua-dua pembedahan adalah sama. Tetapi rawatan ini mungkin bukan pilihan sekiranya:

  • Tumor sangat besar
  • Tumor jauh ke dalam payudara
  • Telah menjalani terapi radiasi
  • Mempunyai dua kawasan kanser atau lebih yang jauh terpisah pada payudara yang sama
  • Mempunyai penyakit tisu penghubung yang membuat anda sensitif pada radiasi
  • Mempunyai kanser payudara yang mengalami radang

Jika anda mempunyai tumor yang besar tetapi masih mahu mempertimbangkan kemungkinan rawatan ini, maka kemoterapi sebelum pembedahan mungkin menjadi pilihan untuk mengecutkan tumor dan menjadikan anda layak untuk tatacara ini. Selepas pembedahan, payudara anda mungkin tidak sama dari segi saiz dan bentuk. Ini kerana membuang tisu payudara semasa pembedahan biasanya menyebabkan payudara yang berkenaan kelihatan lebih kecil; namun bengkak disebabkan tindak balas terhadap pembedahan boleh menyebabkan payudara anda kelihatan besar (bukan kesan kekal).

Kembali

Mastektomi

Mastektomi melibatkan pembuangan semua tisu payudara, kadangkala bersama dengan tisu lain yang berdekatan. Mastektomi mungkin baik untuk anda jika:

  • Kanser terdapat pada lebih daripada satu bahagian di payudara anda.
  • Payudara anda kecil atau unik bentuknya sehingga lumpektomi menyebabkan sangat sedikit tisu payudara yang tinggal, atau payudara sangat cacat bentuknya.
  • Radiation therapyTerapi radiasi selepas pembedahan tidak sesuai untuk anda.
  • Anda percaya anda akan lebih selesa dengan mastektomi.

Kesan dan risiko rawatan ini ialah:

  • Sakit dan tidak selesa (hanya 2 minggu selepas pembedahan – bukan kesan kekal)
  • Jangkitan di kawasan pembedahan (kurang daripada 3% pesakit)
  • Parut pembedahan

Jika anda melakukan mastektomi, doktor anda akan membincangkan lebih lanjut tentang penstrukturan semula payudara dengan anda. Penstrukturan semula payudara ialah pembedahan untuk membina semula bentuk payudara anda. Ia tidak memberikan semula payudara kepada wanita – payudara yang dibentuk ini tidak memiliki deria rasa semula jadi. Walau bagaimanapun, pembedahan ini memberikan hasil yang serupa seperti payudara sebenar. Penstrukturan semula payudara mungkin memerlukan lebih dari satu pembedahan. Langkah-langkah tambahan mungkin melibatkan:

  • Penambahan puting
  • Mengubah bentuk atau saiz pada payudara yang distrukturkan
  • Pembedahan pada payudara yang satu lagi untuk penyesuaian yang lebih baik

Source: www.mayoclinic.com, www.cancer.org

Kembali

Pembedahan Nodus Limfa di Bahagian Bawah Lengan (Axillary lymph nodes dissection)

Pembedahan nodus limfa di bahagian bawah lengan biasanya membuang nodus di peringkat I dan II. Untuk wanita yang mengalami kanser payudara invasif, prosedur ini disertai mastektomi atau breast conserving surgery. Ia mungkin dilakukan serentak, atau selepas lumpektomi (melalui hirisan yang berasingan).

Berdasarkan pemeriksaan fizikal doktor dan petunjuk-petunjuk lain tentang kemungkinan yang kanser telah merebak kepada nodus limfa anda, pakar surgeri akan membuang antara 5 dan 30 nodus semasa pembedahan bahagian bawah lengan. Jumlah nodus limfa yang ‘terlibat’ (menunjukkan bukti kanser) adalah lebih penting daripada tersebarnya kanser di mana-mana nodus.

Doktor anda akan memberitahu anda sekiranya tentang nodus limfa yang terlibat (dan kalau ada, berapa banyak) serta penglibatan tumor dalam setiap nodus.

Terdapat pusat yang menawarkan sentinel nodes biopsi sebagai alternatif kepada pembedahan nodus limfa di bahagian bawah lengan, namun pembedahan itu hanya ditawarkan untuk kes-kes tertentu sahaja.

 

Kembali

Pembangunan maklumat kanser payudara ditaja oleh Boeing Corporation &
Penterjemahan maklumat kanser payudara ditaja oleh OMNI Group Sdn Bhd.
Artikel dalam versi Bahasa Inggeris telah disemak oleh Ms.Rohana Ahmad, Pakar Bedah Payudara dan Endokrin, Hospital Putrajaya, Presint 7, 62250 Putrajaya dan diterjemah oleh Persatuan Penterjemah Malaysia


Laman Utama | Mengenai Kami | Hubungi Kami | Polisi | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0, Mozilla Firefox versi 3.0, Google Chrome versi 9.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768
(Sila klik disini utuk pelayar Internet Explorer yang baru)
Powered by Webway E Services Sdn Bhd and Kamaruzzaman & Associates (E-Media) Sdn Bhd