Ybhg Prof. Dato' Ir. Dr. Radin Umar Bin Radin Sohadi,
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi
Terlebih Dahulu saya ingin ucapkan tahniah dan syabas di atas kerjasama pihak CaEd, Persatuan Kanser Wilayah Persekutuan, KanWork dan Kamaruzzaman & Associates (E-Media) Sdn. Bhd., KAEM, kerana melancarkan laman web www.cancereducation.org.my.
Laman web yang dikenali sebagai KanPortal ini adalah salah satu inisiatif Projek CaEd (Cancer Education & Research Project). Projek CaEd dilancarkan pada tahun 2003 oleh Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Cornell University, bertujuan menangani kanser malalui penyaluran maklumat, pendidikan dan perkhidmatan mengenai kanser kepada mereka yang terlibat dengan kanser. Setiap tahun lebih daripada 20,000 kes kanser dilaporkan di Malaysia dan angka ini dijangka akan meningkat. Dengan meningkatnya bilangan kes kanser dan juga survivor, permintaan untuk maklumat, sokongan dan sumber mengenai kanser akan terus diperlukan.
Kanser memberi kesan kepada status kesihatan, fizikal, emosi, sosial dan kualiti hidup. Saya percaya, maklumat yang terkandung di dalam laman web ini tentunya dapat menyumbang kepada kesejahteraan kesihatan rakyat dan dapat meningkatkan lagi perjuangan menghadapi kanser dengan lebih menyeluruh.
Sehubungan dengan ini juga saya mengambil kesempatan untuk menyeru orang ramai dan juga semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah dan "seluruh keluarga" institut pengajian tinggi untuk memberikan sokongan dan menyumbang kepada usaha murni ini dan menyahut seruan KanPortal "...Baitul Hikmah & Jariah (Center for Wisdom & Deeds) in the fight against cancer..."
Akhir kata saya berharap agar semua pihak dapat melayari laman web www.cancereducation.org.my / KanPortal ini bagi memudahkan mereka mendapatkan maklumat dan manfaat daripadanya.